+6019-821 2606 setiausaha@ilmubudi.org
Rabu, 07 Jumādā al-Awwal 1447 / 29 Oct 2025
Waqtu Ṣalāt
Tutup
Zon Waqtu Ṣalāt
Sumber Waqtu Ṣalāt: JAKIM

Senarai Penerbitan

Senarai buku-buku terbitan PPIBK:

Suluh Kemajuan

Suluh Kemajuan

Tahun Terbit: 2024

Penerbitan Suluh Kemajuan ini adalah merupakan hasil projek perumian kitab karangan Tuan Guru Haji 'Abd al-Karīm bin Shaykh 'Uthmān Sarawak dengan tajuk yang sama. Buku ini mempersembahkan nasihat dan pedoman yang berguna sepanjang zaman untuk sesebuah bangsa itu merdeka daripada penjajahan dalam erti kata yang sebenarnya.

Pedoman Hidup 1

Pedoman Hidup 1

Tahun Terbit: 2021

Buku Pedoman Hidup 1 ini merupakan koleksi 15 ḥadīth baginda Rasūlullāh ṣallā Allāhu 'alayhi wasallam yang dipilih daripada sumber-sumber yang muktabar dalam tradisi Islām oleh para pengkaji PPIBK. Ḥadīth-ḥadīth yang dipilih merupakan panduan yang mudah untuk diikuti oleh seseorang Muslim dalam kehidupan seharian.

Covid-19: Perkongsian Pengalaman

Covid-19: Perkongsian Pengalaman

Tahun Terbit: 2021

Buku ini merupakan himpunan perkongsian pengalaman daripada pelbagai lapisan anggota masharakat yang telah melalui fasa pandemik Covid-19. Pengalaman dalam bentuk penulisan dan gambar ini menyediakan peringatan dan pengajaran yang menginsafkan buat para pembaca.

Hakmilik Persatuan Pencinta Ilmu dan Budi Kuching (PPIBK) © 2019-2025. | Direka dan dibangunkan oleh AMZ IT Solutions.