Persatuan Pencinta Ilmu dan Budi Kuching (PPIBK) adalah merupakan hasil buah fikiran daripada Aminah binti Ismail, Shamsiah binti Mahli, dan Abdul Muntaqim bin Zulkipli. Penubuhan PPIBK diusahakan atas kesedaran perlunya sebuah persatuan yang akan mengusahakan program-program ke‘ilmuan dan pendidikan, khususnya bagi membentuk pandangan ‘alam Islām yang benar dalam kalangan mashārakat muslim di Sarawak.
PPIBK telah ditubuhkan secara rasminya pada 20 Oktober 2019 dan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Malaysia). Tujuan utama PPIBK ditubuhkan adalah untuk menjadi sebuah persatuan yang akan menganjurkan acara-acara ke‘ilmuan di dalam negeri Sarawak dengan hasrat untuk menerapkan budaya ‘ilmu dalam kalangan mashārakat di negeri Sarawak.
Matlamat penubuhan PPIBK seperti digariskan di dalam Undang-undang Tubuh persatuan adalah seperti berikut;