+6019-821 2606 setiausaha@ilmubudi.org
Rabu, 07 Jumādā al-Awwal 1447 / 29 Oct 2025
Waqtu Ṣalāt
Tutup
Zon Waqtu Ṣalāt
Sumber Waqtu Ṣalāt: JAKIM

Wacana Tentang Makna Kebahagiaan Dalam Islam

Wacana Tentang Makna Kebahagiaan Dalam Islam
Tarikh: 2023-06-20 | Oleh: Salasiah Suhaili

KUCHING, 17 Jun - Wacana Suluh Budi yang membawakan topik Makna Kebahagiaan/The Meaning of Happiness telah dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Ilmu dan Budi Kuching (PPIBK) bertempat di Bilik Aktiviti Borneo Cultural Museum. Sesi wacana kali ini diisi oleh YBhg Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Seramai 73 orang peserta telah menyertai wacana ini yang mengupas tentang makna kebahagiaan dalam kerangka pandangan alam Islam. Makna kebahagiaan dalam Islam didasari oleh iman, amal soleh, kesejahteraan dan pensabitan kepada Yang Haqq. Kebahagiaan di dunia ini bukanlah hanya berkait dengan kehidupan duniawi sahaja, malah ia berkait juga dengan kehidupan abadi kelak berpandukan kenyataan yang dijelaskan oleh agama bersumberkan wahyu.

Justeru amat penting untuk kita mengubah perspektif bahawa kebahagiaan yang sebenar ialah kita mengikat diri dengan Tuhan sebagai hambaNya dengan mengikuti segala perintah dan laranganNya.

Kembali ke Senarai Rencana
Hakmilik Persatuan Pencinta Ilmu dan Budi Kuching (PPIBK) © 2019-2025. | Direka dan dibangunkan oleh AMZ IT Solutions.